Buku yang bertajuk di atas adalah buku yang ditulis oleh Dr Haji Ismail Noor dari Universiti Malaya. Beliau adalah seorang pakar dalam bidang pengurusan. Beliau mempunyai syarikat pakar runding berkaitan pengurusan di atas nama Norconsult. Beliau kini aktif dalam menjalankan seminar-seminar berkaitan sunnah Rasulallah SAW sebagai garis panduan untuk pengurus di semua peringkat berdasarkan buku beliau ini. Buku ini membincangkan tentang pengurusan gaya Rasulallah SAW yang dilihat dari perpektif Quran dan Sunnah. Pengurusan ini diberi nama pengurusan altruistik. Pengurusan gaya altruistik ini adalah pengurusan yang diambil dari kehidupan Rasulullah SAW sebagai seorang pempimpin dan juga pengurus yang berjaya.
Pengenalan
Di dalam pengenalan buku ini, beliau cuba menggariskan bahawa agama Islam itu adalah agama yang syumul (menyeluruh), bukan hanya sebagai agama ritual semata-mata. Islam adalah cara hidup(ad-din), yang melingkupi asas utama iaitu keesaan kepada Allah SWT(tauhid) sebagai Tuhan sekelian alam. Prinsip asas yang menjadi penanda aras kepada konsep kepimpinan menurut perspektif Islam di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada sirah Rasuullah SAW. Tambahan lagi, pegangan seorang pemimpin Islam perlulah bertitik tolak daripada prinsip utama Islam iaitu Quran dan Sunnah. Setiap perbuatan dan pelakuan pemimpin Islam perlu menuruti kepada garis panduan yang digariskan Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Bab 1
Kerangka Konseptual Organisasi Gaya Rasulullah SAW
Di dalam bab yang pertama, beliau menceritakan secara mendalam tentang formula yang boleh diaplikasikan pada setiap pempipin. Formula yang digariskan ialah tiga tambah lima (3+5). Formula pertama ialah syura (meminta pendapat), Ia adalah satu kaedah untuk pemimpin menyelesaikan masalah, mencadangkan penyelesaian atau menggariskan satu strategi kemenangan. Formula kedua yang perlu ada pada pemipin ialah adl bil-qist (keadilan dengan kesaksamaan). Pemipin perlulah bersifat adil beserta saksama kepada orang bawahanya sesuai dengan keadaan tersebut. Formula ketiga ialah, hurriyah al-kalam (kebebasan bersuara) atau berijtihad. Formula ini perlu disertakan nilai adab al-ikhtilaf iaitu saling hormat-menghormati di atas pendapat masing-masing di atas landasan adab. Ketiga-tiga formula ini seiring dengan lima nilai islam iaitu 1) Al-kamal asy-syakhshi atau integriti kendiri, 2) Taqwiyyah al-shilah atau peningkatan taraf hubungan, 3) Fa'iliyyah al-qiyadiyyah atau keberkesanan kepimpinan, 4) Makarim al-akhlaq atau akhlak yang mulia, dan 5) Tahzib al-akhlaq atau peningkatan akhlak melalui ilmu ruhani.
![]() |
| Kerangka Konsep Model Pengurusan Gaya Rasulallah SAW |
Bab 2
Rasional Kepimpinan
Dalam bab kedua ini, beliau menekankan tentang peri pentingya kepimpinan ini dalam kehidupan manusia. Ini dapat kita lihat, apabila beliau menegaskan pemimpin itu adalah seorang yang bakal meninggalkan legasi terhadap generasi yang akan datang. Tambahan lagi, beliau memberi definisi-definii tentang kepimpinan dan pemimpin. Beliau menegaskan bahawa pemimpin ialah seorang yang mengambil tindakan apabila sampai masanya.Di samping itu, seorang pemimpin yang baik akan mangambil tindakan apabila berlaku sesuatu masalah. Tidak dinamakan pemimpin jikalau hanya mempunyai idea-idea yang hebat dan bernas tetapi, jika sampai ketika tidak dapat mengambil apa-apa tindakan.
Bab 3
Faktor Kepimpinan
Dalam bab ketiga ini, beliau pertamanya, menegaskan bahawa tugas pemimpin ini menurut perspektif Rasulallah SAW ialah menggalas tugas sebagai seorang dai'yah yang membawa makluk (hamba) kepada khalik (Allah SWT) melalui jalan yang lurus (ihdinaas Sirat al-Mustaqim). Seterusnya, beliau mencertakan tugas para pemimpin yang disebutkan Allah SWT dalam Al-Quran iaitu sebagai khalifah Allah SWT untuk memimpin jamaah yang di bawah tangungangnya. Cara memipin jamaah tersebut adalah dengan mengunnakan kaedah altruistic management iaitu dengan mendahulukan orang lain dalam melakukan sesuatu untuk diri sendiri. Dengan gaya ini, ia akan dapat menarik perhatian pengikut tentang pemimpin. Ini adalah kerana, ia merupakan satu fitrah manusia dalam mengutamakan sesuatu untuk dirinya dahulu. Maka, jika seseorang pemipin dapat melakukan sebegini rupa, pemimpin tersebut telah dapat menawan hati pengikut dan apabila dapat menawan hati maka segala gerak kerja adalah senang untuk dilakukan selepa daripada itu. Sebagai contoh, terbukti beliau menekankan bahawa Rasullalah SAW adalah contoh terbaik sebagai leadership by example iaitu kepimpinan melalui amal perubuatanya. Yang terakhir, dalam bab ini adalah bagaimana Rasulallah SAW mengamalkan tiga formula utama konsep altruistik management ini iaitu dengan syura, adl
bil-qist dan hirriyah
al-kalam bersama adab al-ikhtilaf dalam
kehidupanya bersama para sahabat. Dibicangkan dengan secara mendalam setiap
satu isi dengan kepelbagaian maksud dan contoh dari kisah dengan para sahabat
dan bagaimana untuk mengaplikasikanya pada masa sekarang.
Bab 4
Perdebatan mengenai Pengurusan VS Kepimpinan
Di dalam bab ini, beliau
pada permulaan menceritakan tentang perbezaan di antara pengurusan dan
kepimpinana. Beliau mendatangkan kata-kata Warren Bennis (pengarang buku kepimpinan), bahawa pemimpin adalah seorang yang membuat sesuatu perkara yang betul, sedangkan pengurus melakukan perkara dengan betul. Seterusnya beliau membawa tiga konsep
gabungan yang akan melahirkan synergy yang kuat dalam
kepimpinan cara Rasulallah SAW. Pertama ialah allignment iaitu
satu penetapan arah bagi kepimpinan. Yang digariskan beliau adalah menggunakan
konsep Tauhid, iaitu keesaan kepada Allah SWT. Kedua, ialah attunemennt
iaitu satu proses niat atau perasaan yang akan melahirkan semangat untuk
mencapai matlamat kepimpinan. Yang digariskan beliau ialah konsep ibadah atau
disebut sebagai perbuatan harian yang berniatkan kerana Allah SWT yang
bertunjangkan keimanan(tauhid). Ketiga ialah empowerement iaitu
kesanggupan untuk melahirkan pengikut yang dapat menggunakan ilmu dan kemahiran
mereka untuk menjadi lebeih efektif. Yang digariskan beliau disini adalah
mengenai konsep khalifah.
Bab 5
Kepimpinan Gaya Rasulallah SAW
Dalam bab ini, beliau
mengariskan tentang berjaya atau tidak sesuatu organisasi atau negara
bergantung kepada nilai kepimpinan kerana kepimpinan merupakan sesuatu faktor
yang amat penting. Seterusnya, beliau menegaskan pemimpin yang dikatakan paling
berjaya dan mampu memberi orang kejayaan adalah Rasulullah SAW. Beliau mendatangkan
bukti-bukti daripada pakar-pakar dari seluruh dunia dari segala segi bidang.
Antara contoh, beliau mengemukakan tentang penulis buku pupular dunia
iaitu Michael Hart dalam bukunya 'The 100 Most
influential person in the history'. Michael Hart meletakkan Rasulallah
SAW sebagai pemimpin pada tangga pertama. Michael hart menegaskan, Rasulallah
SAW ini bukan sahaja dilahirkan malah dibina dan didik secara khusus yang
merupakan syarat bagi seseorang pemimpin yang berjaya menurutnya. Penulis
menambah di akhir bab ini, dengan mengatakan penanda aras yang paling benar
tentang kepimpinan walaubagaimanapun, hanyalah dapat dijumpai dalam Sunnah dan Seerah Rasulallah
SAW yang bersesuaian untuk sepanjang zaman untuk diapplikasikan.
Bab 6
Muhammad SAW selaku Pengurus
Dalam awal bab ini, beliau menceritakan serba sedikit mengenai definisi pengurus. Seterusnya, beliau mengenalkan tugas Rasulullah SAW ialah untuk menasihati dan menyampaikan kalimah Allah(dakwah). Rasulullah diutuskan sebagai rahmat kepada sekelian alam, bukanya hanya tertumpu kepada manusia sahaja, bahkan kepada seluruh alam. Rasulullah dilihat mengurus kehidupan seharianya dengan penuh disiplin, dedikasi dan penetapan. Dalam menambahbaik sifat seorang pengurus, dianjurkan dari sunnah Rasulallah SAW untuk melakukan proses islah (penambahbaikkan secara berterusan), itqan ( berusaha bersunguh-sungguh menuju kesempurnaan), dan menjadi seorang muhajir (berhijrah dari sifat buruk kepada yang lebaik baik). Rasulullah SAW, dilihat sebagai seorang yang beramal dengan nila-nilai tersebut, itulah yang menyebabkan baginda disebut dan dinobatkan sebagai pemipin yang teragung. Seterusnya, penulis, menyambung dengan menyatakan ada lima prinsip untuk seorang pengurus mencapa tahap yang cemerlang.
1) Integriti kendiri
2) Hubungan dengan Manusia
3) Keberkesanan Kepimpinan
4) Aklak yang Mulia
5) Peningkatan Etika(adab) melalui ilmu rohani
Bab 7
Rasulallah SAW selaku Ketua Kumpulan
Dalam bab ke 7, beliau menekankan bahawa sepanjang peradaban manusia, Rasullah SAW merupakan seorang pemimpin yang terbaik. Ini adalah kerana beliau bukan hanya dijulang di mata orang Islam, tetapi dinobatkan sebagai orang yang paling berpengaruh dalam dunia daripada cendiakiawan barat. Kumpulan yang disebutkan adalah satu konsep yang telah wujud dalam sunnah Rasulallah SAW iaitu halaqah dan usrah. Dilantik seorang qiadah (ketua) untuk memberi nasihat atau tunjuk ajar atas masalah yang dihadapi oleh ahli usrah tersebut. Dalam sunnah Rasulallah SAW, baginda menekankan tiga asas yang perlu wujud dalam sesebuah kumpulan iaitu, yang pertama, penghapusan darajat hamba dan juga kasta. Kedua, injuksi solat, zakat, puasa dan tahap kehidpuan yang berkualiti. Ketiga, keikhwanan (mu'akhah).
Bab 8
Akauntabiliti- Pandangan Secara Islamik dan Barat
Dalam bab 8 ini, penulis membincangkan tentang konsep akauntabiliti yang dianggap sebagai konsep yang penting dalam pengurusan.Sifat akauntabiliti (bertanggungjawab) ini wujud dalam diri Rasulullah SAW. Baginda tidak pernah menyalahkan sesiapa atas kekurangan atau masalah yang menimpa sebaliknya berasa bertangungjwab atas perkara tersebut. Penulis menegaskan dalam Islam tangungjawab seorang Muslim terdapat dua iaitu, hablum-min-Allah (hubungan dengan Allah SWT) dan hablum-min-Nas (hubungan diantara manusia). Ketika inilah, dilihat tiga prinsip utama pengurusan iaitu syura, adl bil-qist dan hurriyah al-kalam bersama adab al-ikhtilaf memainkan peranan penting unutk merialisasikan dua tangungjawab tersebut.
Bab 9
Mengurus Transformasi (Proses untuk mengurus perubahan)
Dalam bab 9 ini, penulis menekankan berkenaaan proses transformasi. Di dalam Islam, ia dikaitkan dengan hijrah (perubahan) yang menjadi titikperubahan dalam mengembangkan tamadun Islam. Dalam melalui proses tersebut, terdapat tiga jenis ganguan yang mungkin akan merosakkan proses tersebut iaitu, pertama Syaitan. Kedua, ialah syubahat iaitu perkara yang tidak jelas halal dan haramnya. Ketiga, ialah syahwat iaitu nafsu yang jahat.
Bab 10
Pengurusan Transformasi ( 7 Langkah Proses Mengurus Perubahan)
Di dalam bab ke 10 ini, penulis menegaskan bahawa Rasulallah SAW ialah sebagai seorang agen perubahan yang luar biasa kehebatanya. Di negara yang penuh dengan pelbagai kerosakan yang dilakukan manusia, dengan keberanian dan kesungguhan dalam melawan kesusahan tersebut, Rasulallah SAW berjaya mengubah bumi makkah dan madinah ke arah transformasi yang berjaya. Antara langkah yang dibawah Rasulallah saw ialah ;
1) Mengkaji
2) Mendekati
3) Mengenal pasti
4) Merancang
5) Tindakan
6) Menilai
7) Menginstitusikan
Bab 11
Pendekatan Pengurusan Secara Holistik
Dalam bab ini, penulis cuba membincangkan bahawa pengurusan Rasulallah SAW adalah secara holistik kerana beliau sendiri diutuskan sebagai rahmat kepada sekalian alam bukan sahaja kepada kaum atau bangsa atau agama tertentu. Dalam pengurusan secara holistik, penulis mendatang beberapa pendekatan untuk merelisasikan pengurusan secara holistik. Antara prinsip tersebut ialah:
1) Berusaha menjadi yang terbaik
2) Keimanan(akidah) kepada Allah SWT
3) Mempunyai Matlamat yang jelas
4) Kematangan Dalam Mengawal Emosi
5) Pendirian yang Positif
6) Tahap Integriti Yang Tinggi
7) Pengimbangan Dalam Kehidupan
8) Mempunyai Azam untuk belajar
9) Rendah diri dengan menjaga harga diri
10) Mempunyai Kasih Sayang dengan Orang lain
Akhirnya dalam bab ini, penulis menegaskan bahawa Rasulullah SAW adalah sebagai seorang yang dinobatkan sebagai pemimpin terbaik sepanjang zaman adalah kerana ketinggian Akhlak dan Adab baginda, beserta semangat untuk membantu ummah yang bertunjangkan keimanan (tauhid keesaan kepada Allah SWT).
Bab 12
Bahan Seminar
Dalam bab ini, mengambarkan sedikit sebanyak mengenai bahan-bahan seminar yang disiapkan oleh penulis sebagai satu model yang boleh digunapakai oleh para pekerja dalam organisasi. Antara elemen yang dinyatakan ialah mengenai :
1) Integriti Kendiri
(perlu wujudkan sifat Takwa)
2) Pembawaan Peribadi
(perlu kenal apa yang dimiliki diri dan bukan)
3) Hubungan sesama manusia
( Saling menghormati)
4) Kepimpinan Efektif
( Ijtihad)-mengambil keputusan
5) Tingkah Laku yang beretika
( Akhlak yang baik)
6) Peningkatan Adab melalui Ilmu Rohani
( Wahyu)
7) Keberjayaan Kepimpinan
8) Adab Perniagaan
( RasulAllah SAW sebagai Peniaga- Al Amin-Yang
Dipercayai, Siddiq- Yang Benar)
9) Perniagaan Dalam Islam
( Kesucian, Kepentingan dan disiplin)
Seterusnya diakhir bab, penulis mencadangkan untuk menjalani satu ujian prestati. Iaitu Ujian Kecenderungan peribadi yang didasari dengan beberapa sifat yang akan di ambil kira:
1) Siddiq( Kebenaran)
2) Amanah ( Kepercayaan)
3) Tabligh ( Dakwah)
4) Fatanah ( Kebijaksanaan)
Bab 13
Tambahan
Dalam bab ini, penulis menambah tentang peribadi Rasulallah SAW. Rasulallah SAW disebutkan sebagai contoh tauladan kepada manusia. Kerana akhlak baginda seperti yang disebutkan Aisyah r.a, ialah Quran. Seterusnya, penulis mendatangkan hadith-hadith daripada sahabat mengenai bentuk fizikal, peribadi, akhlak Rasulallah SAW dalam pelbagai keadaan. Ini membuktikan lagi beliau memang layak dijadikan sebagai contoh tauladan.
Bab 14
Kesimpulan
Bait-ul-Ihsan
Dalam bab yang terakhir dalam buku ini, penulis membawakan satu konsep kecermelangan dalam Islam iaitu model Bait-ul-Ihsan yang menggunapakai konsep Surah Al-Asr(Disiplin), diamana di setiap keadaan seorang pengurus akan mengambil kira tentang disiplin kerana disiplin merupakan sesuatu perkara yang selalu diambil ringan, yang akhirnya akan mengakibatkan masalah yang besar kepada organisasi dan negara sendiri. Dalam konsep ini lagi, penulis mengariskan lagi beberapa perkara seperti berikut :


